Posts

Penanam Anggur

Image
Me rindu ahkak-ahkak sekalian!! Konvo nanti jumpa lagi ya And me officially penganggur yang berjaya :)

The Happiness

Image
Senang je nak carik bahagia Kena sentiasa ingatkan diri bahawa, setiap kesulitan itu pasti ada kemudahan Kenapa mesti merintih, mengeluh apabila diuji? Dihimpit kesedihan? Ingatlah bahawa kesedihan tu hanyalah perkara sementara, yang kecil seperti zarah, lama-lama tetap hilang jugak tanpa kita sedari

Senyumlah Kerana orang kata senyuman tu penawar Orang yang berduka pun boleh jadik riang Jadi senyum sebanyak mana yang boleh Senyum yang penuh keikhlasan, bukan kepura-puraan


Dan carilah sahabat yang menceriakan hatimu Jangat ingat yang kita ni hidup sorang-sorang dalam dunia ni Ramai lagi orang disekeliling kita Carilah mereka, hargailah mereka Kerana kita akan tahu bahawa bernilainya harga persahabatan tu, kerana mereka orang dekat dengan kita, lagi-lagi bila berjauhan dengan family sendiri Sahabat itulah teman


Kebahagiaan bukan datang bergolek Tapi mesti dicari Bukan ditunggu-tunggu akan datang sendiri Kita yang akan mengubah nasib, kita jugak yang menentukan antara pilihan kita tu adalah menuju bahagi…

Think Positive

Image
"Seseorang manusia harus cukup rendah diri untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk memperbetulakan kesilapannya"

"Jangan sesekali menyesali apa yang telah pergi. Jangan ditangisi apa yang sudah tiada. Tapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi"

"Kita sering nampak derita hari ini, tetapi kita jarang untuk mengingati kebahagiaan hari esok, jadi belajarlah untuk menghargai apa yang kita ada pada hari ini, kerana kita takkan dapat mencapai penghargaan pada hari esoknya jika segalanya sudah tiada"

"Janganlah berputus asa. Tetapi jikalau anda sampai berada dalam berputus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa"

"Yang telah berlalu biarkan berlalu dibawa angin, yang mendatang jalaninya dengan hati yang tenang"


Terima kasih sahabat. Kata-katamu yang penuh hikmah sentiasa menyejukkan hati ini yang kadang-kadang gusar dan kebuntuan. Moga…

Jika itu takdirnya

Image
Jika benar perasaan sayang itu masih ada, Jika benar ini adalah ujian hebat bagiku, Jika benar rasa rindu itu tidak pernah pudar, Jika benar jodoh kita masih kuat, Jika benar kekhilafan itu datang dariku, Jika benar aku lemah menghadapi liku-liku ini, Jika benar pilihan ini tak pernah salah, Jika benar ini adalah takdirnya...
Ya Allah, Kau kuatkan diriku untuk menghadapi segala-galanya. Kurniakan aku kesabaran itu...

Benci

Image
Pada saat dan ketika ini, aku mengimpikan seorang lelaki yang benar-benar serius nak menyunting aku sebagai seorang isteri. Stress. Stress.
Okbai layan adamhawa

Cuti Panjang

Image
Assalamualaikum
Dipanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran, syukur Alhamdulillah masih lagi bernafas di dunia ini. Penat juga rupanya cuti lama-lama ni. Tiba-tiba rasa kerinduan nak balik hostel, nak jumpa kawan-kawan, nak daki tangga batu cave ke fakulti, nak basuh baju berbaldi-baldi, nak buat bising dalam bilik, nak pergi beli keropok lekor kat DC, nak pergi jalan-jalan carik makan sampai ke Pecel Lele Padang Jawa and macam-macam lagi, ya allah rindunya!
Rasa macam dah datang satu semangat baru, semangat nak habiskan lagi satu semester yang penuh dugaan ni. Semoga pengalaman lalu mendewasakan dan mematangkan aku, insyaallah. Tak sabar nak pulang ke shah alam, berbekalkan semangat dan azam baru, paling penting, cita-cita tercapai. Tak payah nak hirau benda remeh temeh, tak perlu nak ambil tau hal orang lain yang agak-agak tak berapa nak penting, lalui kehidupan ini dengan senyuman dan kegembiraan. Yeay!!! Good luck to myself. You're strong, young lady


Rindu Geng Awan Biru!!! =)